You are hereSeni bina Islam / Corak Geometri
Corak Geometri
Corak geometri merupakan satu daripada tiga jenis dekorasi dalam keseniaan Islam, yang mana termasuklah seni khat dan corak tumbuhan. Samada digunakan secara tersendiri ataupun bersama hiasan bukan figura yang lain, corak geometri selalunya dikaitkan dengan kesenian Islam, terutamanya kerana ianya mempunyai sifat perlambangan. Rekabentuk abstrak ini bukan sahaja menghiasi permukaan senibina Islam yang tersergam tetapi juga menjadi elemen hiasan untuk pelbagai jenis objek yang lain. Walaupun hiasan geometri telah mencapai tahap yang tinggi dalam dunia Islam, sumber untuk kedua-duanya samada dari segi bentuk dan kerumitan coraknya telah wujud pada akhir zaman kegemilangan Greek, Roman dan Sasania di Iran. Ahli-ahli kesenian Islam mengambil unsur-unsur utama daripada tradisi klasikal ini, lalu mempertingkat dan memperkembangkan kesenian ini untuk mencipta satu pembaharuan dalam bentuk dekorasi yang mana penekanan diberi kepada konsep kesatuan dan aturan. Kesan paling besar hasil kesenian ini adalah hasil dari sumbangan oleh ahli-ahli matematik Islam, ahli-ahli kajibintang, saintis-santis dan ini amatlah penting dalam penciptaan rekabentuk baru ini yang begitu unik.
Dibawah Al-Biruni, geometri dipanggil “geodesy” atau pengkajian tentang bentuk dan permukaan dan dimasukkan sebagai ilmu falsafah alam semulajadi yang melibatkan jirim dan bentuk yang bergabung dengan masa dan ruang. Semasa zaman Ibn Sina, ianya diklasifikasikan sebagai sains matematik. Sebenarnya rekabentuk senibina keagamaan Islam adalah berdasarkan pada geometri suci (Sacred Geometry). Banyak konsep-konsep kerohanian dan keajaiban diwakili oleh corak-corak geometri pada bangunan-bangunan Islam. Gambaran ini termasuklah corak-corak sel didalam badan manusia, bentuk-bentuk tumbuhan dan struktur mukabumi, lalu memperjelaskan kenyataan bahawa “Geometri adalah penyataan ketuhanan.”
Geometri juga memberi kesan mekanikal kepada fungsi-fungsi tempat-tempat beribadat. Secara mekanikal kubah-kubah pada madrasah dan masjid menjadi pemangkin kepada sesuatu tenaga. Satu bisikan pada suatu sudut kubah pemantul bunyi, senang didengari kerana bunyi tersebut tertumpu pada pusat yang berbentuk sfera.
Prinsip ini terpakai kepada semua jenis lensa cengkung, antena mangkuk dan gelombang elektromagnetik.
Lebih lanjut lagi, ahli bina Arab dan Islam yang menggunakan binaan kubah daripada tradisi senibina sebelumnya dan memperkenalkan konsep-konsep lain ke dalam senibina Islam. Matlamatnya adalah untuk menjadikan yang tidak berfizikal kepada suatu bentuk yang berfizikal dengan kemahiran pertukangan dan kesenian serta penggunaan bahan-bahan tempatan. Ianya menjadi sesuatu objek yang melangkaui masa dan itulah gambaran dimana Masjid Kubah Batu atau El Qubbet ul Sakhrah cuba digambarkan;
“Dalam tradisi semetic yang lampau, tapak ini merupakan persimpangan diantara alam ghaib dan alam nyata. Ini merupakan tempat dimana Nabi Ibrahim a.s membina masbah untuk acara korban Nabi Ismail a.s dan juga dimana Tuhan melalui Nabi Nathan a.s, menolak keinginan Nabi Daud a.s untuk membina tempat beribadat kerana beliau telah menumpahkan darah (Injil – Samuel II, 7:12,13). Pada tapak yang sama juga dimana dewa-dewa Hellenik dan dewa Greek Apollo disembah di atas kepercayaan bahawa ianya merupakan persimpangan antara dua alam.”
Saredsites.com. “Dome of the Rock.” Sacred Sites News. 05/19/02
Secara tradisi, kawasan Masjid Kubah Batu merupakan tempat yang diziarahi dan merupakan arah kiblat pertama umat Islam. Gambaran keratan rentas dan nisbah skala geometri binaan Qubbat al-Sakhra, 692 Masehi.
“Matlamat akhir geometri suci adalah untuk mencipta ruang, dalam bentuk keseimbangan fizikal. Satu cubaan dalam kesimbangan persekitaran adalah bertujuan menggambarkan keindahan dalam keharmonian sifat kemanusiaan.”
Hassan Fathy, “Architecture and Enviroment.” Arid Land Newsletter. 39 (1994)
Lebih lanjut lagi, Dikatakan apabila manusia tinggal didalam satu persekitaran yang menggambarkan keharmonian, mereka juga akan berada dalam suatu keseimbangan (harmoni).
“Hati yang cerah berupaya melihat satu petunjuk dimana membantu dalam melangkaui alam ini kepada alam yang lain!” Sa’id al-Nursi. Mustafa Abu-Sway, “Towards an Islamic Jurisprudence of the Enviroment.” Articles. 1998
Sains geometri suci berlandaskan kesempurnaan pada gambarannya pada dunia fizikal dan ianya melambangkan betapa kuatnya kemaknusiaan ditadbir oleh geometri. Molekul air, atom karbon, protin, virus, sel dan tisu berupaya memenuhi tuntutan kitaran hayat kerana pembetukan geometri mereka. Kebolehan organisma ini dalam bentuk kestabilan mekanikal adalah berpunca dari penggabungan kepada rangka segitiga, segilapan dan segilima. Pada masa yang lampau manusia cuba memecahkan geometri alam fizikal, tetapi ianya selalu berakhir dengan kemusnahan. Rahul Singhvi dan lain-lain cuba memaksa sel-sel hidup mengambil rangka bentuk geometri yang lain kerana mereka percaya dengan mengubah rupabentuk sel-sel tersebut, mereka berupaya mengubah program genetic yang dicipta oleh Tuhan. Apa yang terjadi adalah sel-sel tersebut berubah menjadi mendatar daripada bentuk asalnya yang merupakan bentuk kubah geodesic dan berkembang kearah pemecahan dan mengaktifkan apoptosis – suatu program kemusnahan.
Activity Stream
Wed, 09/09/2009 - 08:41
admin tweeted "KBdotinfo: tengah baca http://bit.ly/3AesVc
100 cara blog yang berkesan" 8:41am#Tue, 09/08/2009 - 01:17
admin tweeted "KBdotinfo: masuk pautan sptdotcom dalam kotabharu.info" 1:17am#